Cari @ Amanz

Twitter sedia menjadi salah satu medium untuk pengguna mendapatkan maklumat dan informasi terkini. Mereka sedia menawarkan perkongsian gambar secara terbina pada aplikasi dan perkhidmatan web mereka, dan kini mereka dilihat akan memperluaskannya dengan turut menambah sokongan video.

Twitter Video

Twitter Video ini dilihat akan berfungsi secara berbeza dengan perkhidmatan Vine yang turut dimiliki Twitter. Melalui Twitter Video, pengguna boleh terus merakamkan video dan berkongsi secara terbina pada platform Twitter. Laman sosial berkenaan akan menawarkan sokongan video selama 10 minit – tanpa mengira saiz fail video berkenaan.

Selain daripada membolehkan pengguna berkongsi video melalui perkhidmatan tersebut, Twitter juga dijangka akan mula menawarkan pengiklanan dalam bentuk video tidak lama lagi.

Buat masa ini, laman Twitter Video telah pun aktif dan dilihat ditawarkan dalam akses terhad kepada beberapa pengguna terpilih sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd