Carian
Microsoft Memperkenalkan Nokia 215 – Telefon Bimbit Dengan Sokongan Internet Dan Juga Lampu Suluh
January 5, 2015 Aman

Microsoft hari ini menambah satu lagi telefon bimbit dibawah penawaran mereka, dan dinamakan sebagai Nokia 215. Microsoft memasasrkan peranti ini dengan mengatakan ia sebagai telefon bimbit yang dilengkapi dengan sokongan internet pada harga yang amat rendah.

Nokia 215

Telefon Nokia 215 ini hadir dengan sokongan Facebook, Facebook Messenger dan Twitter secara terbina untuk tujuan sosial, sementara untuk melayari web, ia menyertakan Opera Mini dan juga Bing Search. Ketiadaan WhatsApp mungkin membuatkan pengguna sedikit kurang meminatinya, tetapi ia masih akan mendapat perhatian ramai untuk digunakan sebagai telefon kedua mereka.

Nokia 215 ini dikatakan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 29 hari untuk versi satu-SIM, dan versi dwi-SIM menawarkan masa bertahan bateri sehingga 21 hari. Telefon bimbit ini turut hadir dengan pemain MP3 dan radio FM terbina yang menawarkan masa memainkan lagu lebih 45 jam.

Nokia 215

Telefon ini juga turut menyertakan fungsi daripada salah satu telefon bimbit lama Nokia, dimana ia menyertakan lampu suluh pada bahagian atas, membolehkan pengguna menggunakannya ketika waktu gelap.

Dari segi harga, Nokia 215 ini membawakan tanda harga $29 (~RM102), dan akan dipasarkan pada suku pertama 2015 ini.

Komen