Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada komuniti dan jiran tetanga, dan terkini sebuah aplikasi baru daripada pembangun tempatan adalah MyHero yang ditawarkan dalam bentuk aplikasi mudah-alih untuk Android. Menggunakannya, ia memfokuskan kepada perkongsian dalam komuniti, sekaligus menambah-baik sekuriti dan perkongsian pelagai informasi semasa dikalangan pengguna.

MyHero

Seperti beberapa aplikasi memfokuskan komuniti lain, aplikasi MyHero ini menggunakan sokongan geolokasi untuk beroperasi, sekaligus menawarkan pelbagai info insiden semasa disekitar anda. Anda turut boleh mengaktifkan sokongan SOS, sekaligus menerima notifikasi sekiranya pengguna sekitar anda menghantar sesuatu perkara.

Di dalam aplikasi MyHero juga, ia dilengkapi dengan sokongan membuat Group, ataupun menyertai Group sedia ada. Sebagai contoh, sekiranya anda berada dalam komuniti di sesuatu jiran tetangga, maka anda boleh membuat Group khusus, dan berkongsi info semasa dengan lain. Perkara sama juga turut boleh dilakukan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Beberapa sokongan lain yang turut disertakan pada aplikasi MyHero untuk Android ini adalah fungsi Launcher, dimana bila menggunakannya, pengguna boleh mengakses aplikasi MyHero ini dengan menatal daripada bahagian tepi skrin.

Buat masa ini, MyHero masih dilabelkan sebagai versi beta dan ditawarkan khusus untuk Android sahaja. Menurut pembangunnya, mereka bakal hadir dengan versi iOS, selain perkhidmatan versi web tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd