Cari @ Amanz

Google telah menawarkan Android Lolipop pada bulan November lepas, dan sejak daripada itu pelbagai pengeluar telah menjanjikan peranti keluaran mereka akan menerimanya dalam tempoh sekitar 3 bulan. Buat masa ini, hanya Samsung sahaja yang telah menawarkan kemaskini tersebut kepada Galaxy S5, sementara pelbagai pengeluar lain masih dalam persiapan untuk pengenalannya.

Pengguna telefon OnePlus One juga masih menantikan kemaskini tersebut kepada peranti mereka. Akhir-akhir ini, pelbagai drama berlaku diantara CyanogenMod dan juga OnePlus, sehingga pihak OnePlus telah hadir dengan ROM mereka tersendiri yang telah mula ditawarkan dalam bentuk ujian alfa.

Apa pun, pihak CyanogenMod masih menyokong peranti berkenaan, dan mengatakan CM12 untuk OnePlus One akan hadir pada bulan hadapan. Buat masa ini, ia telah ditawarkan dalam bentuk nightlies, iaitu versi pembangunan yang masih belum stabil sepenuhnya.

Selain daripada OnePlus One, HTC One M8 dan Sony Xperia Z3 juga dijangka akan menerimanya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd