Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah berkongsi dengan kami perkembangan mengenai Galaxy Note Edge, dimana mereka mengatakan akan memasarkan telefon pintar dengan skrin pada bahagian tepi berkenaan di Malaysia pada awal Februari.

Note Edge sebelum ini telah diperkenalkan secara rasmi bersama-sama dengan Galaxy Note 4. Ia mengambil sedikit masa untuk pihak Samsung membawa masuknya ke Malaysia berbanding dengan Galaxy Note 4 sebelum ini.

Galaxy Note Edge

Samsung Galaxy Note Edge ini membawakan cip pemprosesan empat-teras 2.7Ghz, memori sebanyak 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan OIS, kamera hadapan 3.7-megapixel dan skrin bersaiz 5.6-inci qHD. Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan skrin pada bahagian tepi melengkung, dimana beberapa ciri-ciri khusus untuknya disertakan Samsung.

Sebagai contoh, ia akan memaparkan notifikasi pada bahagian tepi tanpa menganggu anda membuat tugasan lain pada skrin, selain turut membolehkan anda mengikuti kemaskini daripada beberapa aplikasi lain menggunakannya. Ketika menggunakan aplikasi kamera, butang kawalan juga diposisikan pada bahagian tepi berkenaan.

Kami akan membawa ulasan penuh peranti ini tidak lama lagi. Samsung Malaysia mengatakan mereka menjadualkan acara pelancaran pada awal Februari 2015 ini, sekaligus membolehkan bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya sebelum cuti Tahun Baru Cina kelak. Harga jualannya turut dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat. Sebagai perbandingan, Galaxy Note 4 kini ditawarkan pada harga RM2499 di pasaran tempatan.

Samsung Galaxy Note Edge

Samsung Galaxy Note Edge

Samsung Galaxy Note Edge

Samsung Galaxy Note Edge

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd