Cari @ Amanz

Sony mempunyai pelbagai bahagian dalam syarikat mereka, termasuk bahagian yang memfokuskan televisyen dan juga telefon pintar. Terkini, Reuters melaporkan yang mana pihak Sony ingin memfokuskan kepada reformasi drastik pada kedua-dua bahagian tersebut supaya dapat menghasilkan keuntungan untuk syarikat.

Seperti semua sedia maklum, arena telefon pintar merupakan salah satu arena yang kini disertai oleh kebanyakkan jenama. Perkara ini memberikan tekanan yang agak tinggi terhadap Sony, dan sebelum ini mereka pernah mengatakan akan memfokuskan kepada peranti berspesifikasi tinggi.

Sony sedia hadir dengan beberapa peranti menarik, termasuk Xperia Z3 yang menawarkan masa bertahan bateri yang lama berbanding pengeluar lain. Namun, mungkin disebabkan harganya, apatah lagi kalau dibandingkan dengan pengeluar China, ia agak sukar untuk bersaing.

Terkini, mengikut laporan Reuters, Sony ingin mereformasi kedua-dua bahagian tersebut, dan mungkin antaranya adalah untuk bekerjasama atau JV dengan syarikat lain. Sekiranya tidak, Sony percaya yang mana kedua-dua bahagian dalam Sony tersebut akan beroperasi dalam kerugian dalam tempoh tiga tahun.

Sebelum ini, Sony telah menjual bahagian VAIO mereka, sekaligus tidak lagi memfokuskan kepada komputer riba. Mungkinkah ia akan turut berlaku kepada televisyen dan telefon pintar?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd