Cari @ Amanz

ZipDialZipDial merupakan salah satu perkhidmatan di India, dimana melaluinya, ia membolehkan pengguna membuat panggilan tidak terjawab (missed-call) ke sesuatu nombor, dan seterusnya pengguna akan menerima maklumat lanjut mengenai sesuatu jenama atau penawaran melalui SMS.

Perkhidmatan ini boleh dikatakan merupakan salah satu perkhidmatan dengan fokus terhadap negara-negara membangun memandangkan pengguna mungkin tidak mempunyai perkhidmatan data, dan mereka masih boleh kekal mendapatkan info dengan menggunakannya.

Hari ini, pihak Twitter mengumumkan yang mana mereka mengambil-alih ZipDial pada harga yang tidak diumumkan, dan dijangka akan mengintegrasikannya dalam produk mereka.

Twitter dan ZipDial sedia bekerjasama beberapa kali, dan Twitter mengatakan dengan pengambil-alihan ZipDial ini mereka akan membolehkan lebih ramai pengguna seluruh dunia mendapatkan kandungan relevan daripada Twitter pada telefon bimbit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd