Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini secara rasminya menambah satu lagi peranti dibawah portfolio mereka, iaitu Xiaomi Redmi 2. Ia merupakan kemaskini kepada penawaran peranti mampu-milik daripada Xiaomi, dan membawakan spesifikasi pertengahan dan harga yang amat rendah.

Xiaomi Redmi 2

xiaomi-redmi2_02
Xiaomi Redmi 2 ini membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz 64-bit, memori 1GB RAM, ruangan storan 8GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2200mAh.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah dimana ia dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM, dan kedua-duanya membawakan sokongan rangkaian 4G LTE. Xiaomi Redmi 2 ini juga akan hadir dengan MIUI 6 daripada Xiaomi.

Dari segi harga, Xiaomi Redmi 2 ini membawakan tanda harga sebanyak RMB 699 (~RM400) di China.

Xiaomi Redmi 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd