Cari @ Amanz

xwr4e9sxk9j0liwtop0x

Semasa kami masih belum mumayyiz kami gemar menonton siri kartun Mask, Starcom dan Thundercats. Selepas siri TV tamat kami akan menhabiskan berjam-jam menghasilkan animasi kami sendiri menggunakan teknik flip book. Puluhan buku teks dan buku kerja sekolah habis diconteng oleh kami bagi menghasilkan animasi rekaan sendiri. Ianya sebuah hobi yang membuatkan kami dimarahi guru dan ibu bapa kami. Ini kisah zaman sebelum animasi 3D seperti Boboiboy menjadi popular. Kanak-kanak sekarang lebih meminati siri animasi 3D. Tetapi apakah yang boleh mereka lakukan untuk menghasilkan animasi 3D sendiri? Ianya tidak semudah menconteng buku kerja sekolah yang kami lakukan dahulu.

Easy Stop-Motion Animator oleh Crayola ialah set mainan pintar yang membolehkan anak anda menghasilkan watak adiwira mereka dan kemudian menghasilkan animasi 3D mereka sendiri. Set Easy Stop-Motion Animator terdiri daripada sebuah patung (armature) yang boleh dimanipulasi mengikut kehendak mereka dan buku mewarna untuk mereka rupa adiwira rekaan mereka. Dengan bantuan aplikasi pada tablet, rekabentuk adiwira akan diimbas kepada model 3D yang tersedia. Kamera pada tablet kemudian membaca pergerakan patung yang disertakan dan merubahnya menjadi animasi 3D pendek. Anak anda kini boleh menghasilkan pelbagai animasi 3D mengikut kekreatifan mereka. Set Easy Stop-Motion Animator akan mula dijual Jun hadapan pada harag $75. Jika anda mahu anak anda menjadi juru animasi 3D sejak dari kecil ini ialah set pengenalan kepada dunia animasi. Kami yang sudah dewasa tetapi kami teruja dengan set mainan ini. Semasa di kolej dahulu mata pelajaran animasi mengguna 3D Studio Max ialah mata pelajaran yang paling memeningkan terutamanya bab rigging.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd