Carian
Lenovo S90 Dengan Rekaan Seumpama iPhone 6 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM939
February 3, 2015 Aman

Tidak lama sebelum ini, Lenovo telah memperkenalkan telefon pintar mereka dinamakan Lenovo S90 “Sisley” dengan rekaan lebih kurang menyerupai iPhone 6. Kini, ia dilihat peranti berkenaan turut telah mula dijual di Malaysia secara rasminya.

Dari segi spesifikasi, Lenovo S90 ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, dan turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM. Bagi tujuan rakaman, ia dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel.

Lenovo S90

Lenovo menggunakan antaramuka mereka tersendiri yang hadir tanpa talam aplikasi, dan berasaskan kepada Android 4.4.4 KitKat. Kami sebelum ini telah mencuba peranti ini secara ringkas, dan boleh dikatakan sememangnya rekaan peranti ini memberikan rekaan lebih kurang menyerupai telefon pintar Apple, tetapi dengan pengalaman penggunaan Android. Memandangkan set yang kami cuba adalah set baru, maka ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami kurang pasti sama ada ia akan memberikan sebarang lengah masa dan sebagainya sekiranya mempunyai sejumlah aplikasi terpasang pada peranti berkenaan.

Di Malaysia, Lenovo S90 ini ditawarkan pada harga RM939.

Komen