Cari @ Amanz

MyTeksi merupakan salah satu syarikat tempatan popular, dimana mereka telah menerima pelaburan sebanyak $250 juta baru-baru ini daripada Softbank. Pada tahun lepas,kita sedia maklum, MyTeksi menerima tempahan lebih kurang 3 tempahan setiap saat di sekitar Asia Tenggara.

Terkini, berkongsi mengenai kemaskini syarikat mereka, MyTeksi mengatakan kini mereka menerima lebih kurang 6 tempahan teksi setiap saat di rantau Asia Tenggara ini. MyTeksi turut mengatakan mereka menyasarkan untuk mengandakan angka tersebut pada tahun ini.

Seperti semua sedia maklum, MyTeksi mempunyai operasi di beberapa buah negara dibawah nama GrabTaxi, termasuk di Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand dan beberapa negara lain. Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh membuat tempahan teksi dan membuat bayaran tunai kepada pemandu. Di Malaysia, terdapat beberapa beberapa pesaing bagi MyTeksi, termasuk antaranya adalah UberX dan juga EasyTaxi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd