Cari @ Amanz

Toyol

Mengetahui waktu yang tepat adalah penting ketika menduduki peperikasaan. Ini bagi memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan yang diberikan. Jam tangan ialah alat yang biasanya digunakan bagi pelajar mengetahui berapa masa yang tinggal sebelum tamat tempoh peperiksaan. Tetapi di United Kingdom, pelajar beberapa univeristi sudah mula diharamkan dari memakai jam tangan apabila memasuki dewan peperiksaan. Arahan ini diberikan oleh beberapa universiti kerana risau jam yang dipakai sebenarnya jam pintar yang membolehkan pelajar meniru ketika peperiksaan. Di Univerisity  of London contohnya pihak universiti mengakui sudah menemui dua insiden pelajar cuba menipu menggunakan jam pintar mereka.

Pihak universiti merasakan adalah lebih mudah untuk mengharamkan pemakaian semua jenis jam tangan dari membuang masa memeriksa setiap jam yang dipakai oleh pelajar. Pengharaman pemakaian jam tangan ini adalah petanda awal bagaimana penggunaan peranti pintar boleh pakai mengubah cara peperiksaan dijalankan. Pengendali peperiksaan harus peka dengan kemajuan teknologi dan apakah alatan biasa yang akan dipintarkan seterusnya. Bagaimana pula polisi berkenaan pemakaian jam tangan di universiti ataupun sekolah anda? Adakah guru dan pensyarah anda sudah menyedari “toyol moden” dalam bentuk jam tangan pintar yang dipakai oleh para pelajar? Kongsikan pengalaman anda?

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd