Cari @ Amanz

robear

Jepun ialah negara yang kerap menjadi pelopor kepada teknologi robotik. Penggunaan robot di dalam industri automotif mereka mempercepatkan penghasilan kenderaan dan merubah bagaimana kenderaan dihasilkan secara massa. RoBear ialah robot yang kelihatan seperti seekor beruang kutub yang dicipta bagi membantu mengangkat warga tua di rumah orang-orang tua Jepun. Jepun mempunyai jumlah warga tua yang tertinggi di dunia dan jumlah golongan ini semakin meningkat. Golongan ini memerlukan bantuan untuk ke tandas dan turun dari katil bagi menggunakan kerusi roda. Dianggarkan setiap hari seorang jururawat perlu mengangkat 40 orang pesakit tua. Ini menyebakkan kecederaan tulang belakang pada jururawat dan juga kepada pesakit apabila kesilapan berlaku. RoBear ialah robot mengangkat pesakit versi ketiga yang dihasilkan oleh Riken-SRK yang berpangkalan di Nagoya. Robot comel ini mampu mengangkat pesakit dengan berat maksimum 80 kilogram. Sensor khas pada tangan RoBear dapat mengangkat pesakit dengan cukup cermat bagi memastikan mereka diangkat dengan selamat dan selesa. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa ianya mempunyai ruap seperti seekor beruang kutub. Rupa ini dipilih kerana ia membuatkan pesakit lebih selesa, terasa selamat dan selesa dengan kecomelannya.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd