Cari @ Amanz

One-M9-Grafik8Selain daripada Sony Xperia Z4 tablet, pelbagai maklumat baru HTC One M9 juga tertiris hari ini. Di dalam video yang tertiris rekaan penuh dan beberapa fungsi baru M9 yang diperlihatkan. Pertama sekali peranti ini mengekalkan rekaan yang sama seperti M8. Perbezaan hanya kelihatan pada kamera utama 20 Megapixel yang kini mempunyai lensa berbentuk kotak. Butang navigasi juga ditambah dari tiga menjadi empat. Butang keempat dibahagain paling kanan ialah butang kuasa. Ini kami rasa bagi memudahkan peranti dikunci dari skrin tanpa perlu menekan butang kuasa fizikal.

 

Fungsi kamera baru yang diperlihatkan ialah kemampuan menghasilkan beberapa lagi kesan khas. Di dalam video tersebut jelas kelihatan anda boleh menggabungkan dua gambar menjadi satu bagi menghasilkan imej abstrak. Terdapat juga beberapa filter grafik yang tidak ada sebelum ini.

One-M9-Grafik-1

Fungsi yang paling menarik ialah kemampuan melakukan kustomasi tema antaramuka berdasarkan gambar latar belakang pilihan. Dari gambar latar belakang, One M9 akan melakukan analisa warna dan kemudian mencadangkan skema warna yang sesuai digunakan. Anda juga boleh mengubah rekaan ikon dari beberapa set yang disediakan. Ini menghampiri fungsi mengubah tema yang ada pada peranti dari tanah besar China.

One-M9-Grafik3

Akhir sekali ialah fungsi Boomsound yang kini menyokong Dolby Audio Surround untuk kualiti bunyi yang lebih imersif.  Pembesar suara Boomsound sebelum ini pada hemat kami adalah yang terbaik bagi peranti mobil. Sokongan Dolby Audio Surround pastinya akan membuatkannya semakin baik berbanding apa yang ditawarkan oleh pengeluar lain.

Bagaimana? Adakah anda teruja dengan beberapa fungsi baru yang tertiris ini? Adakah ia akan mebuatkan anda ingin memiliki peranti terkini HTC ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd