Cari @ Amanz

Apple hari ini secara rasminya telah pun berkongsi lebih lanjut mengenai jam tangan pintar mereka, termasuk berkenaan dengan bateri dan tarikh jualannya yang disasarkan pada 24 April kelak. Semestinya ramai yang ingin ketahui, apakah antara fungsi yang disertakan Apple selain daripada melihat waktu semasa menggunakan jam tangan pintar Apple Watch mereka.

Menerima Dan Menjawab Panggilan

Apple Watch

Pada Apple Watch, ia berhubung terus ke telefon pintar anda. Perkara ini sekaligus membolehkan anda melihat siapakah yang membuat panggilan, dan menariknya, anda turut boleh menjawab terus panggilan telefon tersebut pada Apple Watch. Untuk menyokongnya, Apple turut melengkapkan sokongan speaker dan mikrofon pada Apple Watch ini.

Melihat Informasi Semasa Dengan Pantas

Apple Watch

Apple Watch

Apple turut menyertakan sebuah fungsi dinamakan sebagai “Glance” pada Apple Watch ini. Menggunakannya, pengguna boleh menatal ke atas pada skrin utama Apple Watch, dan mereka akan diperlihatkan dengan sejumlah informasi berkaitan untuk sesuatu hari, seperti cuaca, kalendar dan sebagainya.

Pantau Aktiviti

Apple Watch

Menggunakan Apple Watch, anda boleh memantau aktiviti semasa, seperti adakah anda telah duduk untuk masa yang lama dan tibanya waktu anda untuk berjalan seketika – serta beberapa perkara lain. Apple Watch juga turut akan memperlihatkan ringkasan aktiviti mingguan anda pada setiap awal minggu.

Apple Pay

Apple Watch

Salah satu fungsi yang mungkin tidak berguna untuk pengguna di Malaysia. Apple Watch turut mengintegrasikan sokongan Apple Pay, membolehkan pengguna membayar terus menggunakan jam tangan pintar mereka, tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar iPhone mereka.

Mengawal Muzik Dan Lagu

Apple Watch

Salah satu fungsi popular yang diintegrasikan pada pelbagai jam tangan pintar pada hari ini, iaitu pengguna boleh mengawal lagu dan muzik yang dimainkan tanpa perlu membuka telefon pintar, dan melakukannya terus pada jam tangan pintar mereka.

Berkomunikasi Dengan Siri

Apple Watch

Siri merupakan salah satu komponen utama dalam produk Apple. Ia telah diintegrasikan pada beberapa produk, dan Apple Watch turut tidak ketinggalan. Menggunakannya, pengguna boleh berkomunikasi dengan Siri, selain bertanya akan pelbagai soalan, dan Siri akan memberikan jawapan untuknya.

Melihat Notifikasi Dari Aplikasi

Apple Watch

Apple Watch

Seperti beberapa jam tangan pintar lain, pengguna turut boleh melihat notifikasi daripada pelbagai aplikasi pada telefon pintar mereka terus pada Apple Watch dan berinteraksi dengannya. Apple mengatakan anda tidak perlu lagi mengeluarkan telefon pintar anda sebaik sahaja mendengar bunyi notifikasi, tetapi boleh mengendalikannya dan melihat sama ada ia penting atau sebaliknya terus pada pergelangan tangan anda menggunakan Apple Watch.

Mengakses Kandungan Pada Aplikasi

Apple Watch

Apple Watch

Apple Watch

Disamping hanya mengakses notifikasi sahaja, pengguna turut boleh mengakses kandungan daripada aplikasi yang menyokongnya, dan melihat ia terus pada Apple Watch. Apple memperlihatkan beberapa demo, termasuk untuk Instagram, dimana anda boleh melihat gambar baru, malah Like terus sesuatu gambar menggunakan skrin Apple Watch.

Workout

Apple Watch

Bagi anda yang gemar bersukan, Apple menyertakan fungsi Workout, yang memantau aktiviti kecergasan anda ketika menggunakan Apple Watch. Untuk makluman, Apple Watch turut hadir dengan sokongan sensor untuk memantau kadar denyutan jantung, selain menggunakan GPS dan WiFi daripada telefon untuk memantau aktiviti kecergasan anda dan memberikan data yang diperlukan.

Berkomunikasi Dengan Pengguna Apple Watch Lain

Apple Watch

Apple Watch

Apple mengatakan Apple Watch dilengkapi dengan Digital Touch, membolehkan anda berkomunikasi dengan pengguna lain dengan membuat lakaran pada Apple Watch dan menghantarnya dengan mudah. Kami tidak ketahui lagi sama ada fungsi ini akan digunakan secara meluas oleh pengguna untuk jangka masa yang panjang ataupun sebaliknya.

Mengakses Passbook

Apple Watch

Passbook memudahkan pengguna menguruskan sejumlah info dan kad mereka pada satu lokasi, dan dengan menggunakan Apple Watch, pengguna tidak lagi memerlukan untuk mengeluarkan telefon pintar mereka sepanjang masa, sebaliknya terus boleh menguruskan dan mengaksesnya pada jam tangan pintar mereka.


Apple Watch merupakan jam tangan pintar generasi pertama daripada Apple, dan dilihat menerima reaksi berbeza daripada keseluruhan pengguna seluruh dunia. Dengan sejumlah jam tangan pintar di pasaran, Apple turut tidak ketinggalan dalam memperlihatkan aksesori gaya hidup dibawah Apple Watch yang turut hadir dengan variasi berharga mewah.

Applw Watch dikatakan akan membawakan masa penggunaan tipikal sehingga 18 jam, dan menggunakan sebuah dock khusus yang dipasang pada bahagian belakang untuk pengecasan. Apple Watch bakal mula dijual bermula 24 April kelak, dan masih tidak diketahui lagi berkenaan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd