Cari @ Amanz

Sebut sahaja Gameloft pasti ramai yang tahu akan permainan mereka yang popular, iaitu siri perlumbaan Asphalt. Jika sebelum ini anda hanya bermain permainan tersebut di telefon pintar, kini anda berpeluang untuk menyaksikan perlumbaan paling berprestij, di litar Sepang pada 27 hingga 29 Mac ini.

K1 Block B

Untuk cabutan bertuah ini, Gameloft memberikan 2 tiket Platinum Grandstand-K1 bernilai RM 1,320 untuk menyaksikan perlumbaan ini di Sepang selama tiga hari berturut-turut, dan 10 pemenang saguhati bakal memperoleh cenderahati hab USB Moden Combat 5: Blackout yang menarik. 

518caf520ece621babc78f4fc1564b52Seperti cabutan bertuah Amanz yang terdahulu, cara untuk memenangi peraduan ini adalah sangat mudah dengan memberikan jawapan pada ruang komentar kami. Pemenang akan dipilih dari JAWAPAN pembaca yang menarik berdasarkan pilihan juri dan juga cabutan berdasarkan waktu yang akan dilakukan kami dari laman Random.org

  • Sekiranya terdapat lebih dari 1 komen pada waktu tersebut, pemenang akan dipilih melalui cabutan nombor rawak tahap kedua.
  • Soalan yang perlu dijawab: “Apa yang anda mahu lihat pada permainan Asphalt yang akan datang?” .
  • Cabutan akan dilakukan sebanyak 11 kali. 1 pemenang utama akan memperoleh 2 tiket2 tiket Platinum Grandstand-K1 bernilai RM 1,320. 10 pemenang saguhati hab USB Modern Combat 5: Blackout.
  • Keputusan pemenang adalah muktamand.

Seperti biasa, peraduan ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 11:59 malam hari Isnin ini. (23 Mac).

  • Info
  • Tahniah kepada pemenang:

    Tiket F1 Sepang: Faizal Rahim

    USB Modern Combat: RM, Messy, Ricky, Syahril Hafiz, Salman Sazali, Amel_Marie, Epul, Paya, Yamako, Saw

    Pemenang telah dihubungi melalui e-mel. Terima kasih atas penyertaan. Nantikan peraduan seterusnya dari Amanz pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd