Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S6 Edge diperlihatkan minggu lalu dengan dwi skri sisi. Ini adalah penambahbaikan dari Note Edge yang hanya mempunyai satu skrin sisi. Nampaknya Apple juga tidak mahu ketinggalan dalam menggunakan inovasi skrin sisi pada peranti. Mereka dilaporkan memfailkan paten untuk iPhone yang turut mempunyai skrin sisi. Perbezaan diantara paten Apple dan Samsung ialah Apple hanya akan menggunakan skrin mini pada sisi peranti mereka. Ia tidak bersambung dengan skrin utama seperti pada paten Samsung. Skrin sisi ini boleh digunakan untuk memaparkan antaramuka kamera seperti pengatup dan mod rakaman video. Di dalam paten yang sama penggunaan skrin sisi sebagai butang kawalan bahu (shoulder button) ketika bermain aplikasi permainan turut diperlihatkan.

Skrin-sisi-paten-Apple-1

Skrin sisi ialah inovasi baru yang setakat ini kami harus akui masih belum digunakan dengan sepenuhnya oleh Samsung. Samsung sendiri membuang 80% fungsi skrin sisi Note Edge pada Galaxy S6 Edge. Apa yang kita biasa lihat ialah apabila Apple memperkenalkan fungsi baru ianya akan menjadi ikutan. Implementasi fungsi baru juga kerap kali lebih mesra pengguna dan berfungsi dengan baik. Jika benar Apple akan menghasilkan iPhone dengan skrin sisi, ianya bukan kali pertama mereka mengikut jejak langkah yang diperkenalkan oleh Samsung. Apakah pendapat anda? Adakah peranti dengan skrin sisi dari Apple menarik minat anda?

Skrin-sisi-paten-Apple-2

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd