Cari @ Amanz

Blacl-Ember-1Rekaan modular pada peranti memudahkan proses kustomasi dan menambah baik komponen peranti yang lama. Sistem modular ini turut dapat dilihat pada beberapa konsep jam tangan pintar. Projek Ara ialah projek rekaan modular yang paling terkenal sekarang dan pastinya mengubah cara kita membeli peranti pintar baru di masa akan datang.

Sistem modular ini nampaknya menular keluar dari industi penghasilan peranti pintar. Black Amber ialah beg galas yang mempunyai rekaan modular bagi memudahkan kustomasi oleh pemiliknya. Beg asas Black Ember hanya mempunyai sebuah ruang penyimpan. Anda boleh membeli poket tambahan, ruang menyimpan komputer riba dan ruang simpanan peranti pintar sekiranya perlu. Setiap poket tambahan disambungkan kepada beg menggunakan kombinasi magnet dan tali pengikat.

Harga beg asas bermula dari $180 sebuah dan komponen tambahan bermula dari $30. Konsep ini jika ada versi untuk pelajar sekolah kami rasakan bagus juga. Beg yang sama boleh digunakan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Hanya beli modul simpanan tambahan apabila diperlukan. Rekaan juga nampak tahan lasak dan boleh mengangkat puluhan buku teks tanpa masalah. Mungkin di Malaysia hanya perlu mereka modul untuk roda bagi memudahkan pelajar menariknya di atas lantai.

Black-Ember-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd