Cari @ Amanz

Selamat datang ke Evolusi Peranti, siri artikel baru yang akan mengesan permulaan dan evolusi peranti-peranti terkemuka dunia. Hari ini kami akan menulis mengenai peranti di dalam keluarga Samsung GALAXY S. Tidak melampau jika kami mengatakan Samsung GALAXY S ialah keluarga peranti Android yang paling terkenal dan paling popular di pasaran. Jualan peranti pintar di dalam keluarga ini mencecah 200 juta unit sejak diperkenalkan pada Jun 2010. Kepopularannya membantu Android menjadi sistem operasi nombor satu dunia dan menyebabkan ramai pengguna menyangka TouchWiz ialah Android. Ketika artikel ditulis dianggarkan 1/3 telefon pintar yang kini digunakan di dunia adalah berjenama Samsung.

Samsung GALAXY S

Samsung GALAXY S
Pemproses 1 GHz Hummingbird
RAM 394 MB
Muatan Dalaman 8/16 Gigabyte
Kamera Utama 5 MP
Kamera Depan 0.3 MP
Skrin 4″ SAMOLED 480P
Bateri 1500 mAh
SIM/Telefoni Mini SIM/3G

Evo-Galaxy-S1Samsung GALAXY S ialah peranti yang memulakan segalanya. Ia diumumkan pada Mac 2010 dan mungkin ramai tidak tahu ia pertama kali dijual pada 4 Jun 2010 di Singapura.

Ia menggunakan sistem operasi Android 2.1 Eclair dan kemas kini rasmi terakhir diterima adalah Android 2.3 Gingerbread. Sungguhpun begitu sokongan sehingga Android 4.4 dilakukan oleh komuniti kustomasi seperti CyanogenMod. Sehingga 2013 sebanyak 25 juta GALAXY S berjaya dijual.

 

 

  • Info
  • FUNGSI BARU : Menyokong sambungan paparan kepada televisyen melalui jack fon kepala.

 

Samsung GALAXY S2

Samsung GALAXY S2
Pemproses 1.2 GHz Dua Teras Exynos
RAM 1 Gigabyte
Muatan Dalaman 16/32 Gigabyte
Kamera Utama 8 MP
Kamera Depan 2 MP
Skrin 4.3″ SAMOLED 480P
Bateri 1650 mAh
SIM/Telefoni Mini SIM/3G

Evo-Galaxy-S2Bagi Nokia, Nokia 3310 ialah peranti yang mencapai tahap legenda di kalangan pengguna. Bagi Samsung kami merasakan Samsung GALAXY S2 ialah peranti yang mempunyai status yang sama. Peranti ini menjadi alternatif terbaik kepada iPhone yang pada tahun 2011 dianggap terlalu mahal untuk dimiliki oleh majoriti pengguna. Bagi kebanyakan pengguna, GALAXY S2 juga merupakan peranti pintar pertama mereka.

Sistem operasi yang digunakan semasa dilancarkan di Malaysia pada 22 Jun 2011 ialah Android  2.3 Gingerbread.  Kemas kini rasmi dari Samsung diteruskan hanya sehingga Android 4.1.2 Jelly Bean.

Sehingga 2014, sebanyak 40.2 juta Samsung GALAXY S2 berjaya dijual. Semasa memasuki pasaran Malaysia peranti ini dijual pada harga RM 2099.

 

  • Info
  • FUNGSI BARU

    • Fungsi Zoom In/Out menggunakan Giroskop.
    • Fungsi kawalan suara Voice Talk. Ia adalah versi awal kepada S Voice.
    • MHL.
    • USB OTG.

Samsung GALAXY S3

Samsung GALAXY S3
Pemproses 1.4 GHz Empat Teras Exynos
RAM 1 Gigabyte
Muatan Dalaman 16/32/64 Gigabyte
Kamera Utama 8 MP
Kamera Depan 1.9 MP
Skrin 4.8″ SAMOLED 720P
Bateri 2100  mAh
SIM/Telefoni Mikro SIM/3G

Evo-Galaxy-S3Dengan GALAXY S3, Samsung mengubah rekaan berkotak menjadi lebih bulat. Inspirasi rekaan diambil dari rupa batuan sungai yang licin tetapi selesa dipegang.

Dengan model ini Samsung memperkenalkan pelbagai fungsi baru yang pada ketika itu tidak terdapat pada peranti Android lain sekaligus membutakan S3 peranti yang menarik untuk dimiliki. Peranti ini juga berjaya menerima pelbagai anugerah peranti pintar terbaik di dunia kerana inovasi pada perisian.

Ia dilancarkan dengan Android 4.1 Ice Cream Sandwich dan kemas kini rasmi disokong sehingga Android 4.3 Jelly Bean. Sehingga 2013 sebanyak 50 juta Samung GALAXY S3 berjaya dijual. Harga jualan peranti di Malaysia pula adalah RM 2199.

  • Info
  • FUNGSI BARU

    • Smart Stay.
    • Pop Up Play.
    • Kawalan peranti menggunakan gerakan tangan.
    • S Voice.
    • NFC.

 

Samsung GALAXY S4

Samsung GALAXY S4
Pemproses 1.6  GHz Lapan Teras Exynos
RAM 2 Gigabyte
Muatan Dalaman 16/32/64 Gigabyte
Kamera Utama 13  MP
Kamera Depan 2 MP
Skrin 5″ SAMOLED 1080P
Bateri 2600 mAh
SIM/Telefoni Mikro SIM/3G

Evo-Galaxy-S4GALAXY S4 mengekalkan ciri rekaan bulat berasaskan alam semula jadi S3. Kali ini skrin dibesarkan kepada 5″ SAMOLED HD Penuh. Mula memasuki pasaran Malaysia pada April 2013.

Peranti pertama mempunyai fungsi S Healh serta kawalan Air Gesture serta Air View.

Ia dilancarkan dengan Android 4.2.2 Jelly Bean dan kemas kini rasmi disokong sehingga Android 5.0 Lollipop. Peranti ini terjual sebanyak 20 juta unit dalam masa dua bulan dan sudah terjual lebih daripada 40 juta unit. Harga jualan peranti di Malaysia pula adalah RM 2199, sama seperti GALAXY S3.

  • Info
  • FUNGSI BARU

    • Skrin HD Penuh.
    • Kamera – Dual Shot, Sound & Shot
    • S Health.
    • Group Play.
    • Air View & Air Gesture.

Samsung GALAXY S5

Samsung GALAXY S5
Pemproses 2.5 GHz Snapdragon 801
RAM 2 Gigabyte
Muatan Dalaman 8/16Gigabyte
Kamera Utama 16 MP
Kamera Depan 2 MP
Skrin 5.1″ SAMOLED 1080P
Bateri 2800 mAh
SIM/Telefoni Mikro SIM/4G

Evo-Galaxy-S5GALAXY S5 melakukan perubahan drastik dari segi rekaan. Ianya kini mempunyai fungsi kalis air dan debu IP 67 . Diperkenalkan pada Februari 2014,

Dua perkara yang diperkenalkan ialah pengesan cap jari pada butang hadapan dan pengesan nadi pada panel belakang. Pembaharuan dari segi fungsi perisian tidak dilakukan pada S5 sebaliknya perubahan dari segi rekaan fizikal diutamakan.

Ia dilancarkan dengan Android 4.4.2 Kit Kat dan kemas kini rasmi disokong sehingga Android 5.0 Lollipop. Peranti ini terjual sebanyak 14 juta unit dalam masa tiga bulan pertama. Harga jualan peranti di Malaysia pula adalah RM 2399, peningkatan sebanyak RM200 berbanding versi sebelum ini.

  • Info
  • FUNGSI BARU

    • Imbasan Cap Jari.
    • Pengesan Nadi.
    • Kamera – 4K dan Selective Focus.
    • Kalis air dan debu IP 67.

Samsung Galaxy S6/S6 Edge

Samsung Galaxy S6/S6 Edge
Pemproses 2.1 GHz Lapan Teras Exynos
RAM 3 Gigabyte
Muatan Dalaman 32/64/128 Gigabyte
Kamera Utama 16  MP OIS f/1.9
Kamera Depan 5 MP f/1.9
Skrin 5.1 ” SAMOLED QHD
Bateri 2550 mAh
SIM/Telefoni Nano SIIM/4G

Evo-Galaxy-S6Galaxy S6 dan S6 adalah dua peranti yang baru diperkenalkan Februari 2015.  Kemampuan kalis air dan debu tidak lagi disokong sebaliknya dua peranti ini menumpukan perhatian kepada rekaan logam dan kaca yang lebih premium. Sokongan kad MikroSD dan bateri yang boleh ditanggalkan juga dihentikan.

Kamera utama masih lagi 16 Megapixel dan kamera hadapan meningkat kepada 5 Megapixel. Kedua-dua kamera dilengkapi lensa F 1.9 bagi memberikan prestasi mengambil gambar yang baik dalam keadaan gelap. Di samping itu kamera utama kini mempunyai fungsi Active Focus Tracking.

Perubahan drastik juga dilakukan kepada fungsi dan antaramuka TouchWiz. Kebanyakan fungsi yang diperkenalkan Samsung sejak GALAXY S2 tidak lagi akan disertakan. TouchWiz baru kini mementingkan kelancaran dan kepantasan berbanding kepelbagaian fungsi. Galaxy S6 dan S6 kedua-duanya menggunakan Android 5.0.2 ketika dialncarkan dan masih menanti kemaskini Marshmallow. Harga jualan peranti di Malaysia pula adalah RM 2599 untuk S6 dan RM 3099 untuk S6 Edge.

  • Info
  • FUNGSI BARU

    • Skrin QHD.
    • Rekaan gabungan logam dan kaca premium.
    • Kamera – Active Focus Tracking.
    • TouchWiz baru yang lebih ringan.
    • Tiada sokongan MikroSD.
    • Bateri tidak boleh ditanggalkan.
    • Dwi skrin sisi pada S6 Edge.

 

Samsung Galaxy S7 Edge

Samsung Galaxy S7 Edge
Pemproses 2.6 x 4 + 1.59 x 4 GHz Lapan Teras Exynos
RAM 4 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte
Kamera Utama 12 MP OIS f/1.7
Kamera Depan 5 MP f/1.7
Skrin 5.5 ” SAMOLED QHD
Bateri 3600 mAh
SIM/Telefoni Dwi Nano SIIM/4G

Samsung-Galaxy-S7-Edge-evolusiSamsung Galaxy S7 dan S7 Edge dilancarkan bulan lalu dan menambahbaik rekaan yang diperlihatkan pada S6 dan S6 Edge. Di Malaysia hanya S7 Edge dibawa masuk. Peranti ini mengembalikan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD dan kini kalis air dengan ketahanan IP 68.

Kamera utama kini hanya 12 Megapixel dan kamera hadapan dikekalkan kepada 5 Megapixel. Kamera utama menggunakan sensor Duo-Pixel yang mempercepatkan proses pemfokusan. Lensa juga ditambah baik kepada f/1.7 bagi memberikan kemampuan mengambil gambar di dalam keadaan pencahayaan rendah yang terbaik di dalam kelasnya.

Penambahan fungsi pada Edge Screen mengembalikan semula fungsi yang dilihat pada Galaxy Note Edge. Penungguna boleh meletakkan kalendar, pembaris, kompas, berita, singkatan kepada lima individu paling penting dan melihat ramalan kaji cuaca dari skrin Edge Screen. Skrin S7 Edge juga boleh diaktifkan sepanjang waktu menerusi fungsi Always On bagi memaparkan waktu ataupun kalendar. Ia menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan pelancara TouchWiz. Harga jualan di Malaysia ialah RM3099.

  • Info
  • FUNGSI BARU

    • Skrin QHD dengan fungsi Always On.
    • Panel belakang juga dwi lengkung seperti skrin hadapan.
    • Kamera – Duo-Pixel mempercepatkan pemfokusan.
    • Kamera – Lensa f/1.7 pada kedua-dua kamera.
    • Sokongan MikroSD dikembalikan.
    • Kalis air IP68.

Kesimpulan

Sejak diperkenalkan enam tahun yang lalu saiz skrin meningkat sebanyak 1.4 kali ganda . Kapasiti RAM meningkat melebihi 10 kali ganda. Saiz sensor kamera meningkat 2.4 kali ganda dan kapasiti bateri pula meningkat 2.4 kali ganda. Setiap generasi membawa fungsi baru bagi memudahkan penggunaannya. Menarik sekali dengan Galaxy S7 Edge, Samsung memperbaiki beberapa kelemahan S6 yang merupakan antara peranti terbaik 2015. Apakah evolusi seterusnya? Adakah paten skrin boleh dilentur Samsung akan digunakan pada Galaxy S8? Hanya masa akan menentukan.

Evolusi-Samsung-Galaxy-S-family

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd