Cari @ Amanz

Dengan perkembangan laman sosial dan perkongsian yang kita lakukan setiap hari, salah satu perkara yang kadang-kala kita ingin tahu adalah apa yang kita lakukan beberapa tahun lepas. Terdapat aplikasi seperti TimeHop yang menawarkan fungsi seumpamanya, dan kini Facebook dilihat turut akan hadir dengan fungsi khusus pada laman sosial mereka untuk paparan sebegitu, dinamakan sebagai “On This Day”.

Facebook sebelum ini telah menguji fungsi yang lebih kurang sama dengan memperlihatkan perkongsian kita dan rakan-rakan pada bahagian tepi laman web mereka, tetapi fungsi On This Day dilihat agak berbeza dengannya.

Facebook On This Day

Melalui On This Day, Facebook akan menyediakan sebuah halaman khusus yang hanya boleh diakses oleh kita, dan pengguna lain tidak boleh melihat apa yang kita lihat.

Melalui halaman berkenaan, anda boleh melihat pelbagai kemaskini status, gambar, kemaskini daripada rakan-rakan yang mana anda di tag, serta beberapa perkara berkaitan – yang berlaku pada tahun-tahun lepas pada tarikh yang sama.

Pengguna juga turut boleh membuat pilihan untuk menyunting atau memadam sesuatu perkongsian tersebut jika ia dianggap tidak relevan atau sebagainya.

Facebook On This Day

Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat pada web dan aplikasi mudah-alih Facebook dalam masa beberapa minggu lagi.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan fungsi On This Day daripada Facebook ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd