Cari @ Amanz

GSTDomain .MY merupakan nama domain Malaysia, yang diuruskan oleh pihak Mynic. Hari ini, pentadbir Mynic telah pun memaklumkan kepada semua pengguna mereka, yang mana pendaftaran domain baru dengan akhiran .MY serta pembaharuan untuknya akan tertakluk kepada caj GST.

Dengan pengumuman ini, Mynic mengatakan untuk domain dengan akhiran .MY sahaja, caj maksima yang boleh dikenakan oleh para penjual domain adalah sehingga RM127.20, sementara untuk .com.my adalah RM84.80.

Perubahan harga ini akan mula diimplementasikan bermula daripada 1 April kelak, dan selain Mynic beberapa syarikat tempatan lain turut telah mula menghantar notifikasi kepada pelanggan mereka.

Selain nama domain, perkhidmatan hos laman web juga turut tertakluk kepada GST.

Mynic GST

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd