Cari @ Amanz

hover-x-1

Bekerja di depan televisyen adalah perkara yang biasa kami lakukan di rumah. Sambil bekerja boleh menonton televisyen bagi mengelakkan kebosanan. Masalahnya ialah sukar melakukan kerja di atas sofa kerana tiada permukaan rata untuk menggunakan tetikus. Hover X ialah meja riba yang direka bagi memudahkan anda bekerja di atas sofa. Ia mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan sebuah komputer riba dan tetikus. Ia turut dilengkapi pemegang tablet dan telefon pintar untuk anda menggunakan beberapa peranti sekaligus. Ruang untuk tetikus mempunyai pelapik tetikus terbina bagi memastikan keperincian ketika sesi permainan video. Hover X diperbuat daripada kayu buluh untuk mengurangkan berat dan turut mempunyai lubang pengudaraan di bahagian bawah. Ia sesuai digunakan oleh komputer riba yang bersaiz di antara 13″ hingga 15″. Terdapat juga Hover X+ untuk mereka yang menggunakan komputer riba bersaiz lebih besar. Harga jualan bermula dari $88 sebuah sekeping.

hover-x-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd