Cari @ Amanz

HTC hari ini mengambil pentas utama bersempena dengan Mobile World Congress 2015, dan telah pun melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaru daripada mereka, yang mana merupakan telefon pintar utama untuk HTC sepanjang tahun 2015 ini, iaitu HTC One M9. HTC One M9 membawakan rekaan sama seperti beberapa gambar yang tertiris sebelum ini, dan membawakan pelbagai kemaskini spesifikasi bersama-sama dengannya.

HTC One M9 Tertiris

HTC One M9 membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi dengan paparan HD penuh, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 lapan-teras, memori 3GB RAM, ruangan storan terbina 32GB, sokongan kad mikro-SD, kamera belakang 20-megapixel, dan juga kamera hadapan HTC Ultrapixel.

Melengkapkan peranti ini juga adalah antaramuka terbaru daripada HTC iaitu HTC Sense 7 yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi baru dan cadangan pintar. Blinkfeed turut dikemaskini dalam memaparkan masa dan lokasi makan menarik, selain Boomsound yang kini turut dilengkapi dengan sokongan Dolby Audio.

HTC mengatakan ia akan dipasarkan di pasaran global bermula pertengahan Mac ini, dan ia akan hadir dalam tiga pilihan warna – kelabu, emas, dan juga gabungan emas + perak.

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd