Carian
Leap : Perkhidmatan Bas Mewah Dengan Kedai Kopi Terbina
March 22, 2015 Effi Saharudin

Minggu lalu heboh seluruh negara apabila SPAD mengumumkan kenaikan tambang pengangakutan awam sekitar Lembah Klang. Kenaikan tambang dibantah oleh pengguna kerana dikatakan melampau sehingga ada yang mencecah 50%. Kemarahan semakin membuak-buka kerana ianya diumumkan hanya beberapa minggu sebelum GST dilaksanakan seluruh negara. Ramai yang berpendapat kenaikan tambang akan membebankan pengguna dan pada masa yang sama kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang masih lagi belum memuaskan.

san-francsico-bus-leap-transit-615x342

Di San Francisco mereka mempunyai pilihan pengangkutan awam yang baik. Bagi menarik lebih ramai pengguna menaiki bas, perkhidmatan bas mewah oleh Leap dilancarkan. Berbeza dengan bas awam biasa, Leap menawarkan kerusi kulit, meja untuk komputer riba, WiFi dan juga kedai kopi di dalam bas mereka. Jumlah penumpang juga terhad dan masalah berhimpit-himpit ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dapat dielakkan.Bayaran dilakukan melalui aplikasi peranti pintar. Apabila menaiki bas, terdapat pengimbas QR yang menggantikan tiket. Tiada pembayaran wang secara fizikal diperlukan. Bayaran tambang juga tiga kali ganda lebih mahal berbanding tiket bas biasa.

Sebuah idea yang memang di luar kotak. Adakah idea bas mewah dengan jumlah penumpang yang lebih rendah seperti Leap menarik minat anda? Secara peribadi kami rasakan kedai kopi terbina di dalam bas adalah agak melampau dan tidak praktikal.

img_8124-2

 

Komen