Cari @ Amanz

Sokongan pemanduan automatik boleh dikatakan telah menjadi salah satu topik perbualan utama ramai pihak, apatah lagi dengan Google, dan sejumlah syarikat lain telah mula membangunkan teknologi untuknya. Mengikut penganalisa, kereta dipandu automatik ini mungkin berada di pasaran seawal tahun 2020 kelak.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) turut tidak ketinggalan, dan kini mereka dilihat mencadangkan kenderaan yang dipandu automatik ini diimplementasikan penggunaannya di Malaysia menjelang tahun 2030 kelak.

Menurut MIROS, selain daripada mengurangkan angka kemalangan maut, sistem pemanduan automatik ini juga bakal menjadikan kenderaan lebih berhemah lagi di atas jalan raya.

Buat masa ini, pelbagai syarikat kenderaan telah mula membangunkan sistem kenderaan dipandu automatik ini dan sedang dalam fasa ujian untuknya. Beberapa syarikat menyasarkan tahun 2020 untuk memasarkan ia secara meluas.

Jadi, mungkinkah kita akan dapat melihat kereta automatik ini digunakan meluas di Malaysia dalam tempoh masa 15 tahun lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd