Cari @ Amanz

Melalui laman sosial, ramai rakan-rakan kita yang sering berkongsi pelbagai berita setempat dan tajuk-tajuk utama – terutamanya di Twitter dan juga Facebook. Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan proses mengikutinya, dan salah satu aplikasi menarik dalam kategori tersebut adalah Nuzzel.

Nuzzel

Menggunakan Nuzzel, anda akan diminta untuk log masuk ke akaun Twitter atau Facebook, dan diperlihatkan dengan pelbagai perkongsian pautan berita daripada rakan-rakan anda. Setiap pautan berita yang diperlihatkan hadir dengan gambar bersaiz kecil, selain turut memperlihatkan dibawah pautan tersebut adalah angka perkongsian sesuatu pautan tersebut dikalangan rakan-rakan anda.

Nuzzel juga turut menyusun paparan setiap pautan yang diperlihatkan berdasarkan kepada angka perkongsian di kalangan rakan-rakan anda – sekaligus memudahkan lagi anda mengetahui berita yang lebih relevan dan popular dikalangan rakan-rakan anda.

Anda juga turut boleh membuat tetapan untuk menerima notifikasi jika sesuatu berita tersebut dikongsikan lebih daripada tiga rakan – yang mana memberikan petanda kemungkinan berita tersebut sedang hangat diperkatakan.

Bagi anda yang ingin mencuba Nuzzel, anda boleh memuat-turun aplikasi percuma ini dan mencuba sendiri bagaimana ia memaparkan berita-berita relevan dikalangan rakan-rakan anda dalam bentuk lebih tersusun.

Nuzzel Android

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd