Cari @ Amanz

OnePlus boleh dikatakan merupakan salah satu syarikat yang mendapat perhatian ramai – malah masih membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan bilakah mereka akan memasuki pasaran tempatan. Sebelum ini, mereka telah mengatakan akan hadir selepas Tahun Baru Cina, tetapi masih senyap sehingga hari ini.

Melalui laporan terbaru, OnePlus dikatakan akan memperkenalkan sebuah produk baru pada April 2015 ini, dan ia bukanlah sebuah kategori produk penawaran mereka sedia ada, dan ia juga dikatakan bukan tablet mahupun jam tangan pintar.

Tiada sebarang petanda yang diberikan buat masa ini. Sebelum ini, pihak OnePlus telah memperkenalkan sebuah powerbank, dan jika ia merupakan aksesori sahaja, maka mungkin kita akan dapat melihat aksesori sebagai speaker dan sebagainya diumumkan.

Dengan bulan April yang bakal menjelang tiba dalam masa lebih kurang 30 hari lagi, semestinya pelbagai desas-desus akan hadir berkenaan produk baru OnePlus tidak lama lagi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd