Cari @ Amanz

Huawei semalam telah mengambil pentas utama dan melancarkan peranti jam tangan pintar mereka iaitu Huawei Watch. Peranti jam tangan pintar mereka menawarkan pelbagai kemajuan berbanding peranti jam tangan pintar Android Wear yang sedia ada dan kami sempat mencubanya pada waktu yang singkat.

Huawei Watch
Pemproses Qualcomm 1.2Ghz
RAM 512MB RAM
Muatan Dalaman 4GB
Skrin 1.4-inci AMOLED 400×400 286 ppi
Sensor 6-Axis Pengesan Jantung
Sistem Operasi Android Wear

Peranti ini mempunyai ketebalan yang lebih kurang sama dengan Moto 360 namun ia hadir dengan rekaan bulat penuh dan merupakan peranti pertama Android Wear yang dipasang dengan kaca Sapphire. Dari segi paparan, ia agak jelas dengan skrin 1.4 inci AMOLED, dan  beresolusi 400×400 286 ppi.

Terdapat pelbagai pilihan tali jam yang disediakan dan secara kasarnya ia membolehkan pengguna memadankan tali tersebut dengan paparan antaramuka Huawei Watch. Terdapat sebanyak 40 paparan antaramuka untuk dipilih, namun semasa percubaan ini, Huawei Watch yang dipamerkan sedang menjalankan mod demonstrasi, jadi kami tidak berupaya untuk melihat paparan antaramuka yang lain.

Dari segi berat, ia mempunyai berat sekitar jam tangan Moto 360 dan dari segi ketebalan, boleh diandaikan seperti memakai G-Shock yang besar. Huawei menyatakan mereka juga menyasarkan golongan wanita dalam rekaan peranti ini namun ia tetap besar dan mungkin janggal dipakai oleh gadis-gadis cilik.

[amanz-gallery]

Seperti jam tangan Android Wear yang lain, ia juga boleh memaparkan notifikasi untuk panggilan, SMS, emel, kalendar, Facebook. Terdapat sensor pengesan degupan jantung dibelakang jam ini yang mengesan degupan jantung pengguna namun untuk percubaan ini, fungsi tersebut tidak dapat dicuba kerana peranti ini berada didalam mod percubaan. Sama seperti peranti Talkband B2 yang diumumkan sebentar tadi, ia juga boleh mengesan aktiviti seharian dengan pengesan sensor 6-Axis dan mempunyai Barometer yang boleh mengesan tekanan udara.

Masih banyak perkara yang tidak dapat diuji berkenaan Huawei Watch kerana ia disediakan dalam mod percubaan namun dari segi saiz, mungkin untuk lelaki anda tidak akan berasa janggal kerana saiznya seakan G-Shock namun sekiranya untuk perempuan, anda mungkin patut mencubanya terlebih dahulu.

Peranti ini bakal ke pasaran pada pertengahan tahun ini dan buat masa ini tiada sebarang info berkenaan harganya dan juga kuasa bateri serta waktu bertahan. Sepertimana yang kita maklum, waktu bertahan merupakan perkara penting untuk peranti boleh-pakai dan harapnya dengan fungsi-fungsi menarik yang dibawakan oleh Huawei ini turut disokong oleh kapasiti bateri yang tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd