Cari @ Amanz

podo-2

Kayu selfie sudah digunakan dengan cukup meluas sekali sehingga beberapa stadium dan galeri di negara barat mengharamkan penggunaannya akibat keselamatan. Apabila sudah diharamkan bagaimanakah anda boleh mengambil gambar selfie? Podo ialah jawapan kepada persoalan anda. Ianya sebuah kamera 8 Megapixel yang boleh dilekatkan pada mana-mana permukaan. Bahagian panel belakang Podo diperbuat daripada bahan polimer melekit yang melekat dengan kuat. Ianya tidak perlu digantikan dan hanya perlu dibersihkan bagi mengembalikan tahap lekapannya. Podo ditambat kepada peranti pintar anda menggunakan Bluetooth. Selepas ditambat anda boleh mengawal Podo menggunakan aplikasi khasnya. Anda boleh mengawal penggunaan flash, merekod video (720P) ataupun penentu masa untuk merakam gambar. Gambar serta video boleh dihantar terus kepada telefon pintar anda ataupun menggunakan memori dalaman sebesar 4 Gigabyte. Harga jualan pula ialah $79 sebuah. Jika anda sudah bosan menggunakan kayu selfie, mungkin anda boleh menyokong Podo di laman Kickstarter mereka.

podo-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd