Cari @ Amanz

Google pada bulan September 2014 yang lepas telah mengumumkan kerjasama dengan pihak MNS (Malaysia Nature Society) dalam usaha merakamkan gambar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia. Dalam usaha untuk merakamkannya, pihak MNS telah menggunakan kayak yang dilengkapi dengan Street View Tracker, sekaligus membawa kepada kaedah baru dalam rakaman gambar Street View.

Sebelum ini, Google telah menggunakan beberapa kaedah dalam usaha merakamkan gambar Street View, termasuk menggunakan kereta, basikal bertayar tiga, troli, malah menggunakan motosikal di beberapa pulau. Seperti semua sedia maklum, untuk merakamkan gambar Street View, Google menggunakan teknologi tersendiri yang merakamkan gambar 360-darjah di sesuatu lokasi. Street View Trekker yang mempunyai 15 kamera ini telah dipasang pada kayak, sekaligus menjadikan peralatan seberat 18 kilogram ini dibawa bersama-sama dalam ekspedisi rakaman ini. Beberapa perubahan telah dilakukan pada kayak, termasuk menambah penstabil khusus untuk menampung kamera Street View Trekker.

Street View Kayak

Usaha merakamkan pesisiran pantai ini merupakan salah satu usaha yang telah dimulakan oleh Malaysia Nature Society dalam mendokumenkan imej persisiran pantai terutamanya hutan pesisiran pantai, serta usaha perlindungan marin. Pada masa yang sama juga, ini merupakan salah satu usaha MNS dalam meningkatkan kesedaran berkenaan warisan laut, serta merupakan permulaan usaha dalam menjana dana untuk perlindungan marin pada masa akan datang. MNS mengatakan usaha perlindungan marin ini kurang mendapat perhatian ramai di Malaysia, dan dengan usaha ini mereka berharap agar perlindungan marin akan lebih menjadi tumpuan berbanding sebelum ini.

Ekspedisi rakaman Street View menggunakan kayak ini telah dimulakan pada 9 September bermula dari Pengkalan Kubor, Kelantan dan sejak daripadanya mereka telah melalui perjalanan sepanjang 2000 kilometer – meliputi Johor dan Selat Melaka. MNS mengatakan ekspedisi rakaman ini telah memakan masa selama 26 minggu. Pada ekspedisi sama, mereka turut telah merakamkan imej mengelilingi Pulau Kukup, Pontian; pesisir Pantai Langkawi, dan beberapa pulau-pulau berhampiran.

Dengan berakhirnya ekspedisi rakaman imej pesisiran pantai Semenanjung Malaysia ini, Google mengatakan ia akan mengambil masa beberapa bulan lagi untuk ia melalui beberapa proses, sebelum ia diterbitkan kepada umum melalui Google Maps Street View.

Street View Kayak

Street View Kayak

Street View Kayak

Street View Kayak

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd