Cari @ Amanz

Salah satu kelebihan Xiaomi adalah mereka menjual terus kepada para pengguna, sekaligus mengurangkan kos yang terlibat dengan pengedaran dan pemasaran, menjadikan harga sesuatu peranti yang dijual itu murah. Beberapa syarikat telah turut mula mengimplementasikan strategi sama, dan mengikut laporan awal, Samsung turut dikatakan sedang melihat kepada arena sama.

Menurut Korea Times, Samsung sedang melihat untuk menggunakan strategi pemasaran menggunakan saluran internet di beberapa buah negara, termasuk China, Vietnam dan juga India. Mereka berkemungkinan akan bekerjasama dengan penyedia edagang sedia ada, dan menawarkan peranti mereka pada harga lebih kompetitif.

Walaubagaimanapun, beberapa perkara masih perlu diteltiti terlebih dahulu sebelum Samsung bergerak ke arena tersebut – terutamanya apabila ia melibatkan perhubungan mereka dengan para pengedar dan syarikat telekomunikasi tempatan di negara-negara berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd