Cari @ Amanz

paten-samsung-jam-pintar1

Jika dilihat pada jumlah jualan, jam pintar Moto 360 adalah yang paling hangat di pasaran dengan jualan menghampiri 1 juta unit. Jam pintar dan peranti boleh pakai yang lain nampaknya kurang menyerlah. Jadi tidak mengejutkan apabila Samsung dilihat memfailkan paten untuk rekaan jam pintar terkini mereka yang berbentuk bulat. Tiada nama rasmi diberikan setakat ini tetapi ia kini dikenali sebagai Project Orbis. Bahagian sisi jam pintar ini boleh diputarkan untuk melakukan navigasi. Seakan-akan tombol butang suara radio. Terdapat juga kamera pada tali jam yang bukan sahaja mengambil gambar tetapi boleh membaca kod QR, kemampuan mengenali objek (object recognition seperti Google Goggles) dan membaca pergerakan tangan (gesture). Sistem operasi pula dipercayai menggunakan Tizen

Januari lalu ada kami laporkan sebuah jam pintar bulat dijangkakan muncul pada MWC 2015. Umum diketahui hanya Samsung Galaxy S6, S6 Edge dan Gear VR 2 sahaja diperlihatkan di Barcelona. Ura-ura terkini mengatakan Project Orbis mungkin akan diperlihatkan pada bulan September hadapan. Mungkin pelancaran jam pintar berbentuk bulat ini dilewatkan bagi melihat apakah fungsi istimewa yang ada Apple Watch. Nantikan sahaja September akan datang untuk melihat sama ada jam pintar bulat Samsung ini akan menjadi kenyataan. Ini adalah kerana tidak semua paten yang difailkan akan dihasilkan secara komersial.

paten-samsung-jam-pintar-3 paten-samsung-jam-pintar-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd