Cari @ Amanz

Sony Mobile Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan penawaran telefon pintar baru daripada mereka, iaitu Xperia E4 Dual. Telefon pintar ini membawakan sokongan dwi-SIM, dan dilihat merupakan telefon pintar berharga paling rendah daripada Sony, iaitu RM459 untuk pasaran Malaysia.

Xperia E4

Telefon ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 960×540 pixel, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz MTK MT6582, memori 1GB RAM, ruangan storan terbina 8GB, kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Xperia E4 hadir dengan Android 4.4 KitKat, dan menurut Sony, baterinya mampu bertahan penggunaan selama 2 hari.

Telefon ini sekadar menyokong rangkaian 3G sahaja, dan tiada sokongan rangkaian 4G LTE. Salah satu perkara baru yang hadir pada peranti ini adalah rekaannya yang mengambil ciri-ciri elemen baru, selain kerangka belakangnya yang boleh ditanggalkan – berbeza dengan beberapa telefon Sony lain.

Di Malaysia, Xperia E4 Dual telah pun mula dijual dan membawakan tanda harga RM459.

Xperia E4

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd