Cari @ Amanz

staingate-1

Sebilangan kecil pengguna MacBook Pro Retina melaporkan skrin komputer riba mereka mengalami masalah kerosakan pelindung skrin. Pelindung skrin anti silau yang terpasang pada skrin MBP mereka kini mula mengelupas dan mengakibatkan paparan kelihatan hodoh. Model MBP Retina yang mengalami masalah ini ialah mereka yang membelinya sejak Jun 2012.  Kebanyakan kerosakan bermula dari bahagian sisi skrin tetapi ada juga yang terkupas pada bahagian tengah. Kerosakan juga berlaku seawal 7 bulan selepas pembelian dilakukan.

Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada kerosakan pelindung skrin akan digantikan secara percuma kepada mereka yang mengalami masalah ini. Beberapa pengguna mendakwa mereka berjaya mendapat pertukaran secara percuma tetapi ada juga yang melaporkan terpaksa membelanjakan sehingga $800 untuk menggantikannya. Jika yang terjejas dengan masalah ini, laman Staingate membolehkan anda memuat naik gambar skrin komputer riba anda.

Nampaknya pengguna Macbook Pro Retina sukar untuk menerima kerosakan kosmetik pada skrin komputer riba mereka.Kami rasakan kerosakan sebegini adalah biasa dan tergolong di dalam kategori wear and tear biasa. Adakah mereka berhak meminta Apple membaiki kerosakan sebegini secara percuma? Apakah pendapat anda?

staingate-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd