Cari @ Amanz

Tag HeuerLanjutan daripada laporan awal hari ini, kini TAG Heuer secara rasminya telah pun mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan pihak Intel dan juga Google dalam hadir dengan jam tangan mewah berasaskan Android Wear.

Seperti semua sedia maklum, syarikat dari Switzerland ini sedia terkenal dengan penawaran jam tangan mereka kepada umum, dan mereka ingin membawakan kepakaran dalam hadir dengan jam tangan pintar yang ingin dimiliki ramai. Kerjasama dengan pihak Intel dan Google juga dijangka akan memberikan keuntungan kepada kesemua pihak berbanding TAG Heuer hadir dengan platform berasingan.

Maklumat lanjut mengenai penawaran mereka masih samar-samar buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah mereka akan melancarkan jam tangan pintar mereka, atau memperlihatkan dan mengumumkan harganya.

Bersama-sama pengumuman ini, selain kita akan dapat melihat kemasukkan TAG Heuer dalam arena jam tangan pintar, kita juga dapat melihat pihak Intel turut memfokuskan kepada arena sama dan mungkin kita akan dapat melihat mereka bekerjasama dengan lebih ramai pengeluar pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd