Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena teknologi dari hari ke hari, kini beberapa syarikat telah turut melihat kepada kasut dalam mengintegrasikan beberapa ciri-ciri menarik padanya. Terkini, sebuah projek dimulakan di Indiegogo dalam mengumpulkan dana untuk hadir dengan sebuah kasut yang pengguna boleh ubah rekaannya.

Volvorii Timeless

Dinamakan sebagai Volvorii Timeless, ia menyertakan sebuah paparan berasaskan e-ink, membolehkan pengguna menggunakan pelbagai corak berwarna hitam putih dengan mengawalnya melalui sebuah aplikasi khusus untuknya.

Volvorii Timeless mengatakan mereka menggunakan bateri dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, selain turut dilengkapi modul Bluetooth LE untuk berhubung ke telefon pintar. Bateri yang dicas penuh dikatakan boleh digunakan antara 2 ke 6 bulan lamanya.

Kasut ini hanya ditujukan kepada pengguna wanita sahaja buat masa ini, dan disenaraikan pada harga bermula $149 di Indiegogo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd