Cari @ Amanz

WeChat, perkhidmatan permesejan terkemuka dari tanah besar China hari ini telah memperkenalkan satu lagi fungsi baru untuk para pengguna tempatan, iaitu WeRewards. WeRewards, seperti pada namanya memfokuskan kepada pengumpulan mata ganjaran, dan pengguna boleh mengubah mata ganjaran yang terkumpul ke bentuk hadiah menarik daripada beberapa rakan kerjasama.

WeChat WeRewards

Kempen WeRewards ini hanya disediakan untuk tempoh sebulan sahaja, iaitu sehingga 25 April kelak, dan pengguna boleh mengubah mata ganjaran terkumpul kepada baucar dan barangan daripada Huawei, Chatime, GrabTaxi, MCash, dan juga Zalora.

Untuk mendapatkan mata ganjaran, ia adalah amat mudah. Pengguna WeChat hanya perlu menggunakan aplikasi berkenaan dalam membuat panggilan suara atau video selama 60 saat, dan mereka akan menerima mata ganjaran sebanyak 3 mata setiap hari. Antara perkara yang boleh ditebus melalui WeRewards ini adalah termasuk baucar RM30 untuk pembelian di VMall, diskaun sehingga RM10 untuk GrabTaxi, baucar RM50 di Zalora dan beberapa mata ganjaran yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd