Cari @ Amanz

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan panggilan suara secara berperingkat sebelum ini, dan memerlukan anda menerima panggilan daripada rakan lain sebelum dapat menggunakannya. Hari ini, perkara tersebut berubah apabila pihak WhatsApp dilihat telah mula mengaktifkannya kepada semua pengguna.

Untuk menikmatinya, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi terkini WhatsApp untuk Android, dan memasangnya pada peranti anda. Selepas itu, anda akan dapat melihat perubahan antaramuka pada WhatsApp dengan penambahan sebuah tab baru untuk panggilan.

WhatsApp Call

WhatsApp menggunakan sokongan internet untuk melakukan panggilan. Kami telah mencubanya dengan rangkaian internet berkelajuan 64kbps, dan ia boleh dikatakan kualitinya agak baik dalam majoriti percubaan kami – walaupun terdapat beberapa kali mengalami lengah masa.

Selain daripada untuk Android, pengguna BlackBerry juga turut sudah boleh menikmati sokongan sama. Pihak WhatsApp telah mengatakan ia akan hadir ke iPhone dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd