Cari @ Amanz

WhatsApp telah mula memperkenalkan fungsi panggilan sejak sebulan dua yang lepas, dan ia mula ditawarkan dalam bentuk yang terhad. Kini, sejumlah pengguna tempatan telah mula menerimanya, termasuk kami sendiri.

WhatsApp Call

WhatsApp CallDengan aktifnya fungsi panggilan ini, pengguna akan boleh membuat panggilan terus kepada rakan-rakan mereka melalui WhatsApp. Sebuah tab khas juga turut ditambah pada bahagian atas aplikasi untuk mengasingkan panggilan dan juga permesejan.

Kami telah mencubanya dengan beberapa rakan, dan kualiti panggilan agak baik. Tetapi, kadang-kala terdapat sedikit lengah-masa, dan ia bergantung kepada kelajuan internet seseorang pengguna tersebut sendiri.

Untuk mengaktifkannya, pengguna yang telah mempunyai fungsi tersebut dikehendaki membuat panggilan kepada pengguna baru, dan ia akan diaktifkan pada WhatsApp mereka. Kami telah mencubanya pada beberapa nombor, dan ia dilihat berfungsi pada beberapa nombor – terutamanya yang menggunakan peranti Android, dan kadang-kala ia mengambil masa sehingga lima minit untuk diaktifkan.

  • Amaran
  • Mungkin terhad untuk pengguna Android 5.0 Lollipop buat masa ini
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd