Cari @ Amanz

Di China perkhidmatan Google disekat dan ini mengakibatkan sistem operasi jam pintar Google Wear menjadi tidak berguna. Bagi mengisi kekosongan pasaran jam tangan pintar, Baidu memperlihatkan antaramuka sistem operasi DuWear mereka yang berasaskan Android Wear.

Seperti Android Wear, DuWear menyokong fungsi notifikasi, pemetaan, kawalan suara dan mengesan nadi pengguna. Jadi mengapa DuWear dibina berasakan Android Wear? Ini bagi memudahkan ianya dipasang pada peranti pintar Android Wear sedia ada seperti LG G Watch R , Sony SmartWatch 3 dan  Moto 360. Selain daripada fungsi asas di atas, DuWear turut menyokong fungsi pembayar menggunakan jam pintar seperti Apple Pay. DuWear akan dilancarkan pada hujung bulan ini sebelum pelancaran DuWear Watch, jam pintar pertama dari Baidu yang dijangka tiba Jun ini.

Duwear-OS

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd