Cari @ Amanz

Brik-CaseSemasa kami masih kecil bongkah mainan Lego adalah mainan kegemaran kami. Dari bongkah kami boleh membina robot, kapal terbang dan istana kota sendiri tanpa perlu membeli permainan lain. Lego juga sudah terbukti menjadikan kanak-kanak lebih kreatif berfikir. Tidak mengejutkan sekarang terdapat jutaan orang dewasa yang masih bermain dengan Lego kerana ianya mainan yang tidak akan bosan dimainkan.

Kini wujud Brik Case, cangkerang untuk komputer riba MacBook. Ia membenarkan kustomasi rekaan pada panel penutup komputer riba Apple ini menggunakan bongkah Lego. Bongkah Lego hanya perlu dilekapkan pada bintil-bintik Brik Case dan terserlah pada pemilik untuk menghiasnya, Harga jualan Brik Case ialah $39.90 sebuah. Ianya boleh digunakan oleh MacBook Pro dan MacBook Air 2013 ke atas.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd