Cari @ Amanz

Canonical hari ini mengambil langkah awal untuk mengumumkan pelancaran Ubuntu 15.04 yang mana akan ditawarkan kepada para pengguna desktop dan juga telefon bermula hari Khamis ini, 23 April 2015. Ubuntu 15.04 ini dikenali dengan nama Vivid Vervet dan merupakan sistem operasi memfokuskan kepada penyatuan untuk penggunaan pelbagai jenis peranti.

Ubuntu 15.04 menggunakan kernel Linux 3.19.3 dan mungkin kita akan melihat penggunaan kernel Linux 4.0 pada versi akan datang. Selain daripada itu, Ubuntu juga turut telah melakukan perubahan pengurus init daripada upstart kepada systemd.

Sejumlah perisian yang hadir terbina pada Ubuntu 15.04 telah dikemaskini dengan pelbagai versi baru, termasuk untuk LibreOffice dan juga Firefox.

Bersama-sama pengenalan Ubuntu 15.04 untuk desktop, pihak Canonical juga turut memperkenalkan kemaskini serupa untuk Ubuntu Phone dan juga Snappy Ubuntu Core – untuk peranti bersaiz kecil dan peranti boleh-pakai.

Pengguna Ubuntu sedia ada, dan juga pengguna baru boleh menaik-taraf kepada sistem operasi Ubuntu 15.04 ini bermula hari Khamis ini, 23 April.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd