Cari @ Amanz

Telekom Malaysia telah memperkenalkan HyppTV Everywhere pada tahun lepas yang membolehkan para pengguna mengikuti beberapa kandungan daripada HyppTV secara langsung melalui aplikasi Android atau iPhone atau terus melalui web. Kini, mereka menambah-baik penawaran dengan bekerjasama dengan pihak Digi dalam menawarkannya kepada para pelanggan Digi.

Digi HyppTV

Melalui kerjasama dengan pihak Digi ini, ia membolehkan para pelanggan Digi melanggan perkhidmatan HyppTV Everywhere menggunakan akaun telekomunikasi mereka dan membayar menggunakan kredit prabayar ataupun pascabayar.

Sempena dengan promosi pengenalan ini, para pelanggan Digi boleh menikmati kandungan daripada HyppTV Everywhere tanpa sebarang caj data apabila menontonnya daripada hari ini sehingga 30 Jun 2015 kelak. Selain daripada itu, pengguna juga turut diberikan tempoh percubaan selama seminggu untuk mencuba perkhidmatan tersebut dan menyambungnya dengan melanggan selepas itu ataupun sebaliknya.

Digi mengatakan pelanggan Digi boleh mengikuti beberapa saluran percuma seperti Channel NewsAsia, EuroNews, BloombergTV, selain turut boleh melanggan beberapa pakej yang hadir pada harga serendah RM10 sebulan.

HyppTV Digi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd