Cari @ Amanz


Sesumpah ialah haiwan keluarga cicak yang terkenal dengan teknik penyamarannya yang hebat. Kulit sesumpah boleh berubah mengikut latar belakangnya dan menukarkannya untuk dikesan oleh musuh ataupun mangsa. Tetapi ramai tidak tahu ia juga mempunyai yang yang cukup serba boleh untuk menangkap mangsa dengan mudah.

Menyedari hakikat ini pihak Festo yang sebelum ini menghasilkan robot penguin, ikan terbang dan tangan robot yang diilhamkan belalai gajah menghasilkan FlexShapeGripper. Tangan robot ini menggunakan konsep lidah sesumpah yang menyedut mangsa yang ditangkap. Dengan sistem sedutan ini FlexShapeGripper boleh memegang objek seperti bebola besi dan cermin mata dengan mudah. Ia diperbuat daripada silikon dengan bendalir di dalamnya. Apabila ingin memegang sesuatu kantung silikon akan mengecut mengikut bentuk objek yang dipegang. Ini memberikan kemampuan memegang objek dengan lebih tepat, selamat dan lembut berbanding jari besi tangan robot biasa.

Jika kita menonton filem fiksyen sains rekaan robot masa hadapan adalah menghampiri tubuh manusia. Tetapi di dunia sebenar rekaan yang lebih praktikal ialah yang meniru rekaan haiwan dan bukannya manusia.  Manusia mungkin hidupan paling bijak di muka bumi tetapi anggota tubuhnya bukan acuan terbaik untuk robot yang praktikal. Ini juga antara sebab lain mengapa manusia mencipta pelbagai alat untuk kegunaan harian tidak seperti haiwan yang hanya memerlukan anggota yang diberikan tuhan.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd