Cari @ Amanz

Google sebelum ini pernah memperkenalkan Chromecast yang mengubah cara kandungan dimainkan dari peranti mudah-alih ke televisyen. Hari ini, Google turut hadir dengan satu lagi peranti baru hasil kerjasama dengan pihak Asus, dinamakan sebagai Chromebit.

Google Chromebit

Chromebit merupakan peranti berupa pemacu berasaskan HDMI yang menggunakan sistem operasi Chrome OS. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Rockchip 3288, memori 2GB RAM, ruangan storan eMMC 16GB, port USB 2.0, dan GPU ARM Mali 760.

Google mengatakan ia akan ditawarkan pada harga $100 (~RM370) yang mana boleh digunakan dengan menghubungkan ia ke sebarang skrin dengan sokongan HDMI – sama ada monitor ataupun televisyen, dan seterusnya menggunakan fungsi penuh yang dibawakan olehnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd