Cari @ Amanz

LG menjadualkan tarikh 28 April ini untuk melancarkan telefon pintar terbaru mereka, LG G4. Namun, nampaknya rahsia mereka tidak tersimpan lama, dan tertiris lebih awal apabila kini sejumlah gambar dan maklumat lanjut mengenai telefon pintar berkenaan tertiris ke arena web.

LG G4

Gambar-gambar ini semua tertiris melalui sebuah laman mikro yang dibangunkan khas untuk LG G4 di Korea. Melalui laman tersebut, ia memperlihatkan LG G4 akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan “Quantum” – loebih kurang menyerupai teknologi pada televisyen mereka, dan pada bahagian belakang ia dilengkapi dengan kamera 13-megapixel dengan lensa f/1.8.

LG G4

LG G4

LG G4

Melalui gambar yang tertiris, ia memperlihatkan LG akan memperkenalkan pelbagai pilihan kerangka belakang bersama-sama peranti mereka, yang turut hadir dengan bateri yang boleh ditanggalkan. Rekaan butang masih diletakkan pada bahagian belakang, dan pihak LG akan melengkapkan peranti ini dengan antaramuka LG terkini dengan lebih fokus terhadap kamera.

Jadi, melalui gambar tertiris ini, apa kata anda berkenaan dengan rekaan peranti yang akan dibawakan oleh LG ini? Adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd