Cari @ Amanz

Windows 10 merupakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft yang masih lagi pada fasa pembangunan. Ia membawakan pelbagai kemaskini baru, termasuk penyertaan semula menu Start, kebolehan menjalankan aplikasi ModernUI pada desktop, dan fokus lebih terhadap pengguna desktop.

Sistem operasi Windows 10 ini sedia dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, terutamanya bagi mereka yang menggunakan Windows XP dan masih belum menaik-taraf sistem operasi mereka.

Kini, mengikut informasi yang hadir daripada pihak AMD, ia dilihat Microsoft mungkin akan melancarkan sistem operasi generasi baru mereka ini seawal penghujung Julai kelak.

Windows 10

Dengan masa tiga bulan lagi, mungkin kita akan melihat lebih banyak perkara baru disertakan pada Windows 10 tidak lama lagi. Sehingga kini, versi paling terbaru untuk Windows 10 Technical Preview telah mula menyertakan integrasi Cortana, selain pelayar web terbaru mereka, Project Spartan.

Windows 10 ini akan ditawarkan secara percuma untuk para pengguna Windows 8 dan juga Windows 7, selain turut membawakan aplikasi yang mesra untuk pelbagai saiz skrin – termasuk untuk telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd