Cari @ Amanz

Samsung bersama-sama beberapa peranti baru mereka telah menyertakan sokongan tema, termasuk pada Galaxy S6. Termasuk dengannya, Galaxy S6 turut sama menyertakan sokongan untuk para pengguna memuat-turun tema untuk digunakan bersama-sama peranti mereka.

Lanjutan daripadanya, kini pihak Samsung telah mula membuat pencarian perekabentuk untuk mula menyumbang tema di Galaxy Theme Store. Seperti biasa, perekabentuk boleh membuat rekaan tema mereka menggunakan ikon, gambar latar dan sebagainya yang khusus untuk digunakan pada peranti mudah-alih Samsung.

Galaxy Theme Store

Melalui halaman khusus yang disediakan, Samsung meminta para perekabentuk untuk menghantar portfolio mereka, dan mungkin Samsung akan menghubungi anda kembali untuk menyumbang tema bagi peranti Samsung.

Dengan pencarian ini, kita mungkin akan turut dapat melihat Galaxy Theme Store mula diintegrasikan dengan lebih meluas pada pelbagai peranti Samsung yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd