Cari @ Amanz

estudios-durero-touching-the-prado-didu-art-for-the-blind-designboom-06

Teknik cetakan 3D ialah teknologi yang sedang berkembang pada kadar berganda sejak dua tahun kebelakangan ini. Kini sudah ada rumah dan kereta yang dibina sepenuhnya menggunakan teknologi ini. Ianya juga digunakan oleh penjenayah untuk mencetak senjata api buatan sendiri. Setiap teknologi mempunyai kesan positif dan negatifnya sendiri.

Di Sepanyol teknologi ini digunakan bagi menghasilkan semula lukisan klasik supaya ia mesra OKU penglihatan. Estudio Durero menghasilkan semula enam lukisan ternama seperti Mona Lisa yang mempunyai rekaan tampak pada permukaannya. OKU penglihatan dapat memegang lukisan cetakan 3D ini dan buat pertama kali “melihat” lukisan yang selama ini hanya boleh dihargai insan yang boleh melihat. Pameran lukisan cetakan 3D ini kini berlangsung di Museo Nacional del Prado Madrid sehingga Jun hadapan.

Hasil seni memang sepatutnya tidak dihadkan hanya kepada insan yang mampu melihat. Di Malaysia Maybank dan Persatuan Orang Buta Malaysia bekerjasama membuka panggung wayang Audio Description khas untuk OKU penglihatan. Diharap di masa hadapan lebih banyak inisiatif seperti ini dilakukan supaya golongan ini tidak terasa diri mereka dipinggirkan masyarakat.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd