Cari @ Amanz

Sejumlah peranti pada masa kini mempunyai sokongan pengimbas cap jari secara terbina, dan penggunaannya dijayakan dengan pengubahsuaian pada versi sistem operasi Android yang digunakan pada peranti berkenaan. Kini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Google akan menyokongnya secara terbina pada versi Android akan datang.

Samsung-Galaxy-S6-Review-20150408_123502_001Dengan pengenalan oleh pihak Google, ia akan membolehkan para pembangun mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari terus ke aplikasi mereka, dan menjadi suatu piawaian tetap untuk rujukan pembangun – dan tidak bergantung kepada seseuatu jenama pengeluar.

Jika perkara ini berlaku juga, kita mungkin akan dapat melihat Nexus pada tahun ini menyertakan sokongan pengimbas cap jari, selain kemungkinan pelbagai peranti Android di pasaran yang turut mengintegrasikan sokongna sama.

Google I/O bakal berlangsung pada minggu hadapan, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd